Thursday, August 28, 2008

Gua Muzik Destinasi Utama Muzik Anda




16 Ogos 2009
Dalam usaha untuk memenuhi keperluan peminat muzik, GUAMuzik semalam telah mengumumkan kerjasama dengan One Stop Music yang bakal memperlihatkan penambahan seleksi lagu di GUAMuzik kepada 400,000. Ketika ini, pengguna boleh memuat turun sebanyak 300,000 lagu yang merangkumi lagu-lagu tempatan dan Barat.


Kemasukan One Stop Music membawa bersama katalog muzik Melayu, Inggeris, Tamil/Hindi, Cina, Kadazan dan juga Iban, menjadikan GUAMuzik sebenar-benarnya destinasi utama bagi peminat muzik memuat turun lagu dengan sahnya pada harga yang murah tanpa mengkompromikan kualiti.
One Stop Music merupakan sebuah badan yang mewakili 46 label muzik tempatan termasuk Luncai Emas, KRU Music Group, Fat Boy Records, Monkey Bone, New Southern Records dan Rock Records. Selepas syarikat rakaman Sony BMG, EMI, Warner dan Universal, One Stop Music merupakan pemain kelima terbesar di dalam industri muzik tempatan.
“Selling point GUAMuzik adalah kualiti muzik dan keanekaan yang ditawarkan, khidmat tambah nilai seperti promosi bulanan dimana pemuat turun tertinggi dihadiahkan barangan istimewa dan konten eksklusif yang hanya boleh didapati di sini seperti album ‘live’ GUAMuzik Supergig ’08. Album ini memuatkan 14 persembahan khas yang dirakam ketika konsert tersebut. Gandingan Ella dan Faizal Tahir untuk lagu “Nuri” dan Nora bersama Nabil dalam lagu “Nakal” tidak mungkin diperolehi di mana-mana tempat,” kata pengurus besar konten, jenama, pemasaran Alt Media Sdn Bhd M Zulkifli Abdul Jalil di sidang media semalam yang juga dihadiri pengerusi One Stop Music, Ng Chong Hock.
Ditanya berapa ramaikah pengguna yang memuat turun lagu dari GUAMuzik, M Zulkifli memberitahu setiap minggu ratusan download dicatatkan.
“Walaupun semasa pelancaran GUAMuzik (pada bulan April) ada diumumkan harapan kami untuk mencatatkan 100,000 ribu muat turun dalam masa 12 bulan, secara jujurnya kita tidak pasti jika kami akan mencapai target itu. Tetapi kita sedang bekerja keras untuk mencapai sasaran itu. Sebab itu, konten amat penting. Repertoire GUAMuzik perlu di perluaskan lagi untuk merangkumi lagu-lagu Tamil dan Cina.”

M Zulkifli juga memberitahu para media harapannya adalah untuk mengembangkan stor lagu GUAMuzik kepada 7000,000 pada tahun depan.
“Oleh itu, fokus kita selepas ini adalah pada band-band indie yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Kita mengalu-alukan kehadiran mereka dan untuk mereka menggunakan GUAMuzik sebagai platform untuk mempromosikan lagu-lagu mereka.”
Majlis tersebut juga turut dihadiri artis-artis tempatan seperti Farawahida, kumpulan Duta, Suhana, Desiree dan John.

Sumber http://www.gua.com.my/Entertainment/News-Detail.aspx?ArticleID=2315
Read More

700,000 lagu menjelang 2009


BAGUS: Zulkifli (berdiri tiga dari kanan) dan Ng bersama sebahagian wakil label dan artis yang hadir pada majlis sidang akhbar kerjasama antara Guamuzik dengan One Stop Music.
Guamuzik.com, One Stop Music setuju bekerjasama GUAMUZIK terus melangkah ke depan dalam menggapai impian memiliki koleksi 700,000 lagu dalam gerbang muzik onlinenya menjelang tahun 2009 apabila mengadakan kerjasama bersama sebuah lagi jenama yang mewakili pelbagai label bebas di Malaysia, One Stop Music, baru-baru ini. Sehingga hari ini, kira-kira 300,000 lagu sudah pun berada dalam simpanan gerbang muzik berkenaan, terdiri daripada pelbagai jenis lagu sama ada dari dalam mahupun luar negara. Koleksinya kini bukan hanya terdiri daripada lagu Melayu, malah turut merangkumi lagu Inggeris, Hindi, Tamil dan Cina.
Simpanan lagu Cina mereka tentunya lebih bertambah dengan kehadiran One Stop Music, yang antara lain turut mewakili jenama Rock Records, sebuah syarikat rakaman yang mempunyai kaitan terus dengan syarikat rakaman bebas terbesar Taiwan. Syarikat berkenan pula memiliki antara nama paling popular di kalangan peminat seperti Fish Leong, Angelica Lee dan Victor Huang. Acara pertukaran skrol persefahaman antara Guamuzik dan One Stop Music diadakan di Sri Pentas, baru-baru ini, dengan dihadiri Pengurus Besar Kandungan, Jenama dan Pemasaran Alt Media Sdn Bhd, M Zulkifli Abdul Jalil dan Pengerusi One Stop Music, Ng Chong Hock. Di Malaysia, One Stop Music mengendalikan pengurusan kandungan digital kira-kira 47 syarikat rakaman termasuk Luncai Emas, KRU Music Group, Fat Boys Records, Monkey Bone, New Southern Records dan Suria Records.
Kata Zulkifli, pihak Guamuzik tentu sekali amat berbangga dengan kerjasama yang baru dijalinkan. Menerusi persetujuan berkenaan, kini pelayar Guamuzik dapat memilih tambahan kira-kira 100,000 lagi lagu dalam simpanan mereka. "Tidak syak, kami kini menuju laluan yang betul untuk muncul gerbang muzik online terbesar di negara ini dan peminat muzik Cina pula tidak harus melepaskan peluang berkunjung ke gerbang ini bagi mendapatkan lebih banyak seleksi lagu kegemaran mereka," katanya. Dilancarkan awal tahun ini, gerbang berkenaan kian mendapat sambutan dan sesuai dengan perkembangan berkenaan, pihak Guamuzik sendiri dari semasa ke semasa berusaha mempertingkatkan perkhidmatan yang diberikan. Antaranya memperkenalkan perkhidmatan langganan di mana pelanggan boleh memuat turun sebanyak mana lagu yang diinginkan dengan hanya sekali bayar. Turut dirancang ialah perkhidmatan penghantaran dua hala di mana lagu yang dimuat turun akan dihantar ke PC dan juga telefon bimbit pengguna. Menurut Zulkifli, sambutan hangat yang diterima gerbang muzik itu tentu sekali berkait rapat dengan jumlah pelayar yang berkunjung ke laman sesawang gua.com.my yang kini mencecah sehingga tiga juta tatapan sebulan.
"Ketika ini, pengguna yang ingin memuat turun lagu daripada gerbang muzik ini perlu membayar secara purata kira-kira RM3 bagi sebuah lagu. Bayaran yang dikenakan mungkin berubah mengikut populariti sesebuah lagu atau seseorang artis," katanya sambil mendedahkan, pihaknya mensasarkan kira-kira 100,000 muat turun dalam masa 12 bulan. Kata Zilkifli, kandungan yang dimuatkan dalam gerbang berkenaan bukan hanya bersifat lagu popular dari dulu hingga sekarang, sebaliknya pihak Guamuzik turut menyediakan kandungan eksklusif seperti rakaman persembahan artis pilihan yang tidak mungkin dapat ditemui dalam gerbang muzik lain. Katanya lagi, Guamuzik juga amat mengalu-alukan kerjasama daripada kumpulan indie bersama mereka kerana gerbang muzik itu bukan bertindak sebagai penyimpan lagu-lagu semata-mata, malah mereka juga turut membantu mempromosikan artis atau kumpulan seperti menerbitkan video muzik mereka sekiranya bersesuaian.
Read More

Tuesday, August 26, 2008

sambungan..

sambung sikit cite nak g beli hadiah tu...emm bertolak dr umah my sis g amik anak sedara lu kat kipsas...hantar dia jap g kuantan then terus g tunas manja beli hadiah untuk Fazil..masa tu le wan tipon pyan pun tipon...chicky pun tipon..semua nak g gak le kenduri tuh...lepas beli hadiah tunggu wan shauqi ngn Rozi yg kebetulan dah nak sampai...lama gak sebab diorang x jumpa jln..pas tu g cari umah pengantin kitorang lak sesat x jumpa umah....Chiky , Nad & anak dia sampai dulu..Masa tgh makan Anis & Ida & Darwish(anak lelaki anis) ngan adik anis sampai...lama x jumpa Anis...ni first time tgk anak dia...anis ekceli x-all one le...pas tu Jumpa Pak Syeikh (khafizan) ngan isteri dia..junior aku kat sekolah menengah dulu....Pyan dtg ngn Abg Azadan Rabbani che mud, Eton ngan kwn dia...
Lepas kenduri aku terus gerak balik Mayam antar kete....tido mayam semalaman pagi Isnin baru balik kl...
Balik KL tgk Metro berita pasal Amra kuar metro - Album Serlah Bakat Amra...berhasil gak penat lelah aku last week cari berita Harian kat bangsar tuh...metro dah keluar Berita Harian je x tau bila...
Selasa lak Aku Ambad ngan Akis g Utusan Karya kat Bangi submit CD Amra ngan bio untuk Majalah Hai, URTV, Harmoni, Wanita, & Mangga. Dah alang2 ke Bangi kitorang terus g Nilai 3..huhuhu...berjalan aje....
Balik terus g studio siapkan Minus one Warisan (Sudirman) untuk show ambang kemerdekaan selangor kat MBSA Shah Alam sabtu ni...kalau ada kelapangan jom le turun sama mlm tu nanti...show start kul 8mlm...
k nnti sambung lagi ekk...
Read More

Saturday, August 23, 2008

From KL to Kuantan...

Sabtu i'm going to Felda Mayam first...g amik kete kat umah adik angkat...Ekceli kete my adik..since dia tgh bepantang and her very first son will stay here..so dia pun dah balik sana le...dr kl kul 10 pagi sampai pekeliling tiket bas dah habis....seb baik ada satu bas ni yg mmg tgh tunggu passenger n mmg dah nak gerak pun...so terus je la naik bas tu...sampai temerloh kul 12..bas ke mayam kul 1.45..so tunggu je le sampai bas dtg...perjalan ke mayam 1 jam lagi....Finally dekat sejam lebih baru sampai mayam..sampai dah kul 3 lebih..makan2 jap mandi n sembahyang.then kul 4 lebih terus gerak ke Kuantan ikut highway Pantai Timur..sampai umah my sis kul 7.15..
Ekceli Mlm ni saujana Rabbani Fareast dn sebagainya da show kat MPK 2 kuantan ni..ingt cam nak g tapi dah penat sgt..balik keje smlm x tido...ngantuk sgt..x sedar dah terlelap...sori pyan x sempat nak g sana....huhuhuhuhu...
Ahad ...ari ni lak nak g kenduri Fazil ..Hadiah x beli lagi..huhu...tapi masih sempat nak berblog kat sini..nanti sambung ekk....
nak g beli hadiah pas tu terus g kenduri Fazil...
Read More

Monday, August 18, 2008

Blogger...

salam..
baru balik keje..bosan2 sambil belek2 blog..em tak sedar pun sahabat munsyid rupanya masing2 ada blog sendiri...alhamdulillah boleh la jugak baca pengalaman masing2 sambil tukar2 idea...

saya dah linkkan kat blogger blog2 diorang..so pada sapa2 yang nak baca pengalam peribadi atau bersama kumpulan2 masing2 leh la direct to the link...

moga dapat manfaat dari pengalaman hidup diorang..
Read More

Gua Music Launching!


Jumaat lepas 15hb Ogos sham dan artis2 Nsr ke palancaran gua music di tv3 ni le some pic of us...sham 3 dari kiri baju cream sebelah Ana (baju putih) artis baru NSR gak...yg lain Duta (NSR) Farawahida,Desiree dan John dan sebagainya...

Dari kiri Ana, Sham (NSR) yg lain2 Farawahida, Duta, Desiree dan John,bersama org kuat gua.com.my(M Zulkifli) dan Pengerusi One Stop Music (Ng Chong Hock).
Read More

Sunday, August 17, 2008

Weekend...

Weekend ni at first x de planning pape pun...bosan sgt..hajat hati nak g tgk akademi nasyid..tapi x de membe..so msg pyan..lama x lepak umah dia....sabtu petang g umah pyan..lepak2...mlm tuh pyan ada jaga rekoding syifa' lagu raya..saje nak tgk derang rkdg..n saje nak melawat studio Exist...tgk le diorang rkdg jap....

mlm g setapak terus...atan nak dtg2 melawat our studio..2 tone studio @ sri rampai..so tunggu le dia dtg lepas dia main futsal...
siang tadi my sis dah call ahad kenduri..nak cukur jambul anak2 my sis....my adik anak lelaki dia -hasif my sis anak lelaki-hamizi my bro ank perempuan-najiha ke apa ntah nama dia...ramai sgt ank buah..dah almost 20 org..sampai x ingat nama...

so lepas atan dtg lepak2 studio...terus gerak balik pahang..sampai umah kul 5.40pg...

Petang ahad balik semula kl sebab isnin nak g Utusan, Metro , Berita Harian..

Penat gak...huhuhu...
Nanti le sambung lagi ekk..
Read More

Tuesday, August 12, 2008

Male Talent!




salam guys..

I was told by Mr.Director (Waysen) ,he has several clip to be shoot..and he need the pic of the talent first, in order to him to suit the model with the clip..so i only got the male talent, and yet still searching for the female talent...


The above pic's is the male talent

Brief Biodata.


Amerul
21 years Old
Data Entry Operation Unisys
Kepong


Guys what is your opinion about Merul??

In 1 to 10 scale, i personally put Merul in my 9 scale...

Little bit shock when i see who visit me...i got visited by ppl from Madrid, Pingtung Tai-wan, New York, Toulouse, Midi-Pyrenees , Greensboro, North Carolina, Kingston, Ontario , Delhi, Sugar Land, Texas.... sure or not guys???...i only do manifesting (data entry) some of this country but never spread my blog url...huhuhu...no wonder world without borderless..

Read More

New week begins...


I actually so excited to wait my new born baby..bila la nak kuar ni..1-Our group first album 2-My Own car -Saga BLM...hehehe hopefully everything goes smooth...doakan saya!! x sabar nih!!

Salam..
this week my shift keje start kul 9mlm..so balik kul 5.30pagi..so this will will be tough for me..sebab balik keje nak kena pandai2 cari masa untuk tido jap..sebab siang nak kena buat keje2 lain gak especially for my group..Alhamdulillah semalam dah dpt beberapa respon positif from my prevoius work...masa tgh keje Abg Megat abonation Production tipon tanya pasal show Bulan Puasa...so kalau ada rezeki kitorang akan perform masa bulan puasa ni..tapi semuanya masih di peringkat awal perbincangan..so tunggu je le..
Last week i was assignt to search for the male / female talent untuk video clip artis by my manager for Mr.Director Waysen @ Rod & Reel Studio...so i got male talent already...still searching for the female talent...so kalau sapa2 ada kenal gadis2 yang nak jadi model video clip leh email pic & biodata to me @ sham.allone@yahoo.com . Video clip ni bukan le untuk artis nasyid..i was informed by Mr waysen he got various clip to be shoot..so kalau ada yang nak cuba nasib leh email kat saya...
Pagi ni lak i got massage from My Manager..ekceli that massage come from Lala our recording company stuff..tanya ALL One nak join pelancaran gua.com.my this coming friday kat TV3...For sure i will go to this event...but the rest of my group can't attend this event..Kamal skolah kat grik..Zack skolah kat Al-amin Fazil dah start cuti sabtu akad nikah @ Terengganu...so maybe sham akan ke sana ngan my manager & designer seperti biasa..




i guess that for today...
see ya guys in next posting..
Read More

Sunday, August 10, 2008

My Fren Wedding...


Selamat pengantin baru Amy & Nadia...




this pic so cool!semoga berbahagia ekk!

salam..
ekceli my fren ni dah lama kawin...baru je dpt pic dia...so saje nak kongsi ngn semua..coz x dpt g kenduri dia...so dpt tgk pic pun kira ok ler..semoga bahagia ke anak cucu!!!..
Read More

Saturday, August 9, 2008

Ahad lepas + Weekend this week(Mystar LG audition@ cineleisure Damansara)

3hb ogos

Pagi2 ahad lepas my ex-student call suh tlg hantar g show kat Dewan Komuniti manjalara..penat gak cr..call pyan x angkat...(sori ganggu hujung minggu...) call abg ito then bagi direction..abg ito x kisah di ganggu hujung minggu atau pangkal minggu...During the time i'm going to u-turn nak amik my x-student tu dah kecoh MRR2 retak...dah beberapa cameraman dr stesyen TV ada kat situ...then terus ke dewan komuniti tu lepas beberapa kali pusing...akhirnya jumpa gak...show walimah sape ntah..donno i just follow Napi...sampai that dewan Fikrah tgh testing mic and vocal...sound teribble...bkn their voices tapi PA system kat situ...huh..what to do ...show start kul 2..so tunggu le situ dlm keadaan mengantuk coz i juz went back from working on that morning..sempat tido 2 hours je...sempat gak take a nap while waiting them practise and so on..salute to them coz their show are so excellent.. voicing diorang ni mantap...nyanyi dekat 7-8 lagu...and some more diroang ni dtg show ke manjalara dari pahang...sebab most of them semua keje kat pahang except napi (my x-student) baru sambung study kat USIM..the show run smoothly starting with komppang by 4 of them..and after menepung tawar penggantin...diorang start show...lepas hantar napi going back home n continue sleeping...

9hb Ogos

Pagi2 lagi my fren ni dah tipon nak ajak tmn g audition mystar LG 2..ni pun one of my interest le..suka tgk gelagat orang..tgk org audition...tgk org2 sekeliling..at least dapat gak kenal ngan org2 baru...
kenal ngan alif + zul dak iic...they got good voice..zul lepas ke stage yg berikutnya..alif x lepas sebab kantoi menari...huhuhu...ekceli zul pun x pandai sgt menari...tapi lain2 judge peringkat prelimanary..so agak bernasib baik untuk go to the next stage..my fren same judge with alif...so kantoi part yg sama...menari gak..sempat tgk zul je audition..my fren ngn alif x sempat...coz i got to go to work...pe daaa keja ari sabtu..so dpt tau my fren n alif x lepas through sms je...
Ahad maybe g teman my other member lak audition mystar LG tu gak..
sempat tgk Rizal mentor ngn Dina (MI) perform....
Jumpa sape ekk nama dia ni...my fren kat IIU satu ketika dulu..prevoiusly join Equal Star-Gangstar first season...
Balik keje dr Uptown 2 ni terus g setapak...
And i'm posting this post at my work station @ Loudroom Entertaiment..
Read More

Saturday, August 2, 2008

Balik Kg...

last thursday..my off day...so dah lama planning nak balik kg...akhirnya balik gak..ke kg halaman aku Raub Pahang...Balik ngn Mizul & Mirul..diorang nk g skolah on the other day sebab nak amik sijil berhenti skolah...perjalanan kitorang dr kl kul 4 lebih..singgah makan jap kat highway karak....sampai pahang terus direct g skolah agam Batu Talam..dah lama x jumpa dak2 skolah ni...Bg peluang kat mizul & mirul jumpa membe2 lama diorang....lepas maghrib terus gerak balik umah...
Kat kg ada lak kwn2 mirul yg dah tukar sekolah gak..dah ajak lepak2 minum kat kedai lak....
kitorang g makan laksa...lepak2 then balik ekceli dah penat gak...tgk tv terus tertido...my dad tido umah my mum...

pagi jumaat g skolah smula amik sijil berhenti dak2 nih...bg durian kat Fauzul and the gang...
Bertolak balik ke KL sebab petang tu kena masuk keje...Hantar mizul & mirul balik umah puchong....
Perjalan pegi dan balik semuanya ok...tapi part nak sampai umah damansara..kete tergesel kat pagar lak..
alamak abis calar kete my manager..huhuhu...tensen tul...
seb baik my manager ni such a kind person....belakang kira...baiki lu..
g keje ....and the other baru pulangkan kete...
sorry Mr Manager...
Read More

sori lama x update..


video title: Bilal Bin Rabah

video clip title: Bilal Bin Rabah

Video Clip title :Arah

Video Clip title: Arah

Bersama crew Rod & reel Studio

Salam ...
ekceli mmg dah lama nak update..tapi lupa password...
dah byk kali cuba akhirnya ari ni baru dpt password...
dah byk gak citer2 yg dah lupa...
heheheh ..
Neway dalam posting ni saje nak post pic kitorang =ALL One= shooting video clip ari tuh.. penat giler...especially part yg akhir masa shooting lagu Arah....nak kena duduk tuh...masing2 kebas kaki... Ok guys..
enjoy this pic..
Read More