Wednesday, February 25, 2009

Konsert Maulidur Rasul 09

click image for a better view
InsyaAllah sessi bersama artis dan kelab jalinan ukhwah akan di sertai oleh Kumpulan as-saufee dan Kak Lyn..update artis akan di beritahu kemudian.
TQ

Read More

Friday, February 20, 2009

Tenang ketika Gawat!



Mesti redha dengan setiap ketentuan Ilahi..setiap kejadian ada hikmahnya...kadangkala satu musibah membawa kebaikan pada diri kita...at the same time jgn lupa berusha dan berdoa.....setiap mlm dgr radio ikim time nak tengah malam tu ada dibacakan...firman Allah, berdoalah nescaya akan ku perkenankan...

TENANG KETIKA GAWAT

Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA, seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada' dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).



Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha "kerana Ringgit Malaysia".

3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim);

4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)" (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana "Ringgit Malaysia";

5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Read More

Saturday, February 14, 2009

Pencalonan lagu Bilal

Salam semua...
Lagu Bilal bin Rabah dah berada di carta nasyid IKIM.fm..
Kepada semua teman2 leh la vote untuk lagu ini untuk terus kekal dalam carta...
Alhamdulillah dah 2 minggu berada dalam carta...
minggu pertama di tangga ke -13 dan minggu kedua memperbaiki kedudukan di tangga ke-8..Jgn lupa undi ALL One (Bilal Bin Rabah) RM0.50 je kwn2....
Untuk mengundi sila ikut arah di bawah
Type ikim vote carta Kod lagu hantar ke 33886
contoh: ikim vote carta 42
42 adalah kod lagu Bilal bin Rabah...
Selamat mengundi dan jazakallah pada yg dah mengundi...
Nantikan ALL One sebagai tetamu Daurah NMI dan pencalonan baru Daurah NMI- Bilal bin Rabah


Read More

Tuesday, February 3, 2009

Salam...

Pada semua yang sempat baca blog ni ari ni...jangan lupa saksikan All One Live @ MHI tv3 esok...dari jam 7-9...(x sure kul bape appear)..so tunggu je la depan TV tu ekk..Ni pun last minute dapat call dari pihak penerbitan TV3...

Tq...
Read More

New entry!


Salam semua x sempat nak update lagi..sebab dah makin bz ..huhuhu
start bulan Januari ari tu dah start ngajar KAFA kat KAFA Ar Rabbani..milik abg azadan..huhu..
penat layan budak2 ni..hehehe..tapi anyway enjoy to be part of KAFA Ar Rabani..

So basically my rutin is start from 2.30 ptg ngajar sampai 6.00 ptg and then malam masuk keje kat damansara uptown lak...Fedex...balik dah subuh2..siang tido jap..tambah lak nak organize program ni lagi le kelam kabut...x cukup tido di buatnya....
jgn lupa sokong konsert yg kitorang buat ni...
jgn lupa dtg...
Ilal' liqa Ma'a salamah
Read More

Saturday, January 17, 2009

ALL One On Air @ IKIM.fm


zack, Wan, & sham bersama kak Ani

Zack, kak Ani & sham

Wan, Zack & sham sedang di temuramah oleh kak Ani
dalam segmen Sampaikan setiap sabtu jam 10.mlm

Sham & zack

Sham & zack
Read More

Tuesday, December 30, 2008

ALL One pancalonan Awal ABPBH!




Salam kepada semua pembaca..
ALL one merupakan pencalonan awal untuk kategori penyanyi/ kumpulan nasyid Popular pada anugerah bintang popular berita harian yang akan di adakan tahun hadapan..
So kami semua mengharapkan sokongan anda untuk mengundi kami unuk ke pringkat yang seterusnya....
sokongan dari anda semua amat kami hargai...
Pls vote Us...
Read More

Gig

Makan2 selepas show...

Show terakhir daripada kumpulan ALL one ....penat menunggu..huhuhuhu

Suasana dalam tempat gig...sham & varian & ambad
Read More

Thursday, December 25, 2008

Going back to my hometown






i'm going back to my hometown for attending my best fren wedding on saturday...going back to kl the same day for the Gig @ Bangi...
Sunday, going to Penang my x campus buddy wedding
and monday to alor star attending my senoir when i was @ IIUM , also for the wedding ceremony.....phew...
Read More

Tuesday, December 23, 2008

Gig Info!


sila klik pada image untuk view yg lebih jelas...TQ


This time for REAL!

Alhamdulillah..

Sekian lama dinanti kini sudah tiba..

'GIG NASYID UNDERGROUND' merupakan gig tahunan oleh komuniti Nasyid Underground. Gig ini merupakan yang ke-3 seumpamanya. Pada kali ini kami menjangkakan lebih banyak kehadiran artis dan lebih terbuka kepada umum. Sehingga kini kami berjaya menghubungi lebih 15 artis yang sudi hadir dan memeriahkan majlis ini.

Kami menjemput semua penggiat & peminat nasyid untuk berkumpul di sini dan berhibur dalam suasana yang aman dan santai. Sesiapa sahaja boleh hadir (walaupun nama takde dalam poster) dan membuat apa saja jenis persembahan asalkan bermoral.

Gig Nasyid Underground ke-3
"Meriahkan industri kita..!"


Tarikh: 27 Disember 2008
Masa: 8.00-11.00 malam
Tempat: Seri Kembangan, Selangor.

  • Kita akan ada close-up bersama artis kesayangan anda.
  • Kita akan ada pelbagai persembahan.
  • Kita akan ada tayangan video.
Datanglah beramai-ramai memeriahkan!


Contact person: 012-3134681 [bonai] bonai_power@yahoo.com


((Untuk makluman semua artis)
Semua yang hadir perlulah mendaftar di kaunter masuk. Entrance by donation di mana semua collection pada malam itu akan disumbangkan ke sebuah pertubuhan amal yang membantu saudara baru. Mana-mana artis yang ingin membuat persembahan perlulah memaklumkan ketika pendaftaran dan membawa minus-one sendiri. MC akan menjemput pada bila-bila masa di sepanjang gig berkenaan.

Sila ambil perhatian bahawa gig ini berkonsepkan santai. Pihak kami hanya menyediakan 3 microphone untuk persembahan. Kami tidak akan membenarkan sebarang jenis persembahan yang keterlaluan dan tidak menepati konsep.

Contact person: 012-3134681 [bonai] bonai_power@yahoo.com

MAPS & DIRECTION

Secara lisannya, begini caranya untuk anda tiba ke destinasi gig dengan selamat:

Teksi: Cakap je nak pegi Maybank Serdang. Tempat gig ini sebaris dengan Maybank Serdang.

Komuter: Turun di Stesen KTM Serdang. Paling mudah ambil teksi and cakap nak turun kat Maybank Serdang. Teksi dalam RM5-6 je..

Memandu sendiri: Paling mudah, lalu KL-Seremban Highway, keluar exit UPM. Lepas tol, straight kat traffic light pertama. Jumpe traffic light kedua (sebelah kiri ada Fakulti Kejuruteraan UPM, opposite dia ada Petronas), straight jugak kat traffic light yang ni. Next akan jumpa 3rd traffic light, belok kiri. Straight je and then jumpe traffic light lagi satu (sebelah kanan ada Balai Polis Sri Serdang), kat traffic light ni belok kanan and slow down.. Masuk simpang kiri pertama and U-turn masuk ke kawasan shop lot. Parking je mana-mana yang available.

Lokasi tepat gig ini ialah:

......................................
......................................
......................................
......................................
......................................
(naik tangga diantara kedai barang letrik dan kedai runcit)

Sekiranya sesat/tak jumpa tempat/perlukan lebih details untuk datang, sila hubungi: 017-6114758 (MUIZ) / 019-3850732 (NASH) / 019-3373060 (FATAH)

Di atash ada peta untuk guide ke tempat kejadian.
Tempat gig dilabel dengan warna merah ditengah-tengah peta tu ok..
Read More

Friday, December 19, 2008

Raja sehari -Ambad & AKis
kry, kamal , noni(wife kamal) akis, ambad, me & zairy

me , noni, noni & zairy x de dlm pic kry(tkg amik gmbar)
Ni pic kitorng kat walimah ambad & akis 13hb yg lepas..kitorang sempat nyanyi tuk ambad & akis 4 lagu..selawat , bilal & Arah (lagu All One) & sejadah cinta (lagu varian)..kitorang bergabung sebab ALL One yg dtg 2 org je Varian pun 2 org gak Kry & Zairy..
Selamat pengantin baru buat Ambad & Akis ..moga kekal ke anak cucu!




Read More

Wednesday, December 17, 2008

Gig Nasyid Underground ke -3


InsyaAllah...All One akan turut serta join gig ni...
kitorang akan colaborate ngan varian & stellar untuk satu lagu...
jom join gig ni ...
Read More

Tuesday, December 16, 2008

Update...


First of all insyaAllah album all one -Arah dah di submit untuk pencalonan awal AIM 16 thn depan ..so harap2 our album masuk pencalonan akhir untuk kategori Best Nasyid Album..Voting belum di buka lagi..so kalau dah buka nanti jgn lupa vote for our album k guys!!

Sempat ke IKIM berjumpa ngan Us.Erwan dan submit full album All One untuk di pasang lagu2 All One di ikim.fm pilihan utama..Tq to DJ2 ikim.fm yang sentias menyokong kitorang dengan memutarkan lagu Bilal Bin Rabah..bila nak pasang lagu baru & nak jemput kitorang ke konti ni...

The discussion between us and Us.Erwan...hope everything will goes smoothly....


Show all one @ IIC sempena 4th convocation & mlm Gala (closing ceremony)..artis lain yang terlibat Inheart AN, Muadz, Devotess & Salleh Brothers & Algebra
Me ...huhuhu...
Read More

Thursday, November 27, 2008

Latest edit....


salam guys..
saje nak kongsi latest edit pic ni...
this pic edited by 11yr old boys...
So dia x nak g tau sapa dia...huhuh
but then still a nice editing for a young boy like him...
tq for this nice editing...
insyaAllah nanti dia edit yang len...
This week dah penat turun naik g meeting ngan settlekan a few things....
Isnin meeting NSR ngan kamal with Anthony and Jane(PR NSR an also ALL One)..dah meeting beberapa pekara for our promotion...
Nak htr MTV kat NMI tv1...carta nasyid...and Jane tgh aturkan interview with radio station and also mag and paper..hope so there is some positive respon from Jane....
Skrg tgh tunggu for the date for interview with IKIM.fm , MHI tv3, Oasis, magazine and so on...
will update with u guys later...
till then c ya...
Read More

Wednesday, November 19, 2008

My Group Album [All one : Arah]


salam...
guys dont forget to check out my group's first studio album now...Bleh cari kt kedai2 kaset yang berhampiran...kalau susah nak dpt this album leh email me... sham.allone@yahoo.com ur details.... yang kat oversea pun kalau nak boleh..tapi post services lain le..

Harga Pasaran CD : RM 23.90

Detail about ur group leh visit
http://myspace.com/allone
http://all_one.blogspot.com
Read More

Friday, October 31, 2008

Ads !!

so apa tunggu lagi....
all services included...corporate non corporate and so on...
nak record demo lagu pun bleh..
all recording is an album quality!!
hurry up before studio fully booked!!
Read More

Tuesday, October 28, 2008

sham & Ebi Af


mmm lama gak x update...byk keje nak kena settlekan di samping memenuhi undangan open house...yg sham x berkesempatan nak g open house tu minta ampun sgt2.... Especially to Helmy Ahmad..yg dah lama x jumpa...ngn cipul...Hope too see your new born daughter....

Ekceli saje nak update blog supaya x bersawang huhu...

Ni beberapa minggu lepas masa Ebi dtg studio..sempat gak le borak2 pasal perjalanan karier dia and preview lagu2 yang dia dah buat..n akan buat...dia dtg studio sebab nak cr lagu2 untuk first album dia..
Read More

Sunday, October 19, 2008

Weekend yg penat + bz + x cukup tido..

salam semua...

Weekend ni actually my planning nak balik kg..jumpa budak2 SMAAF bt talam..sebab dorang baru abis PMR....planningnya nak jln2 ngan diorang... tapi last minute dpt beberapa jemputan yang nak kena penuhi...first Open House Munsyid (majlis Usahawan Nasyid Malaysia) + galeri ilmu kat opis baru galeri ilmu, open house shauqi, open house ciki open house Diana (opismate My sis ) + finalized lirik Varian + recording guide vocal...

My friday start ngan aku x tido lepas balik keje pagi tu...FIY my work shift is sepanjang malam sampai subuh..bcoz kitaorang keje europe time....kita siang sini diorang mlm...so kena le keje..balik subuh tu dah x tido sebab takut terlajak jumaat..lepas sembahyang jumaat tunggu dak2 IIC nak amik sportlight kat opis ALL One...x tido lagik...tunggu punya tunggu , ujan lebat lak...so diorang x jadi dtg...so x sempat le nak tido...mlm tu dah terus g keje....walaupun ngantok terpaksa le ngadap komputer sampai subuh.....balik umah...terus siap2 sebab masa tgh keje pyan msg ajak g jelebu jadi hakim pertandingan nasyid Kemas Peringkat Negeri Sembilan...
Sampai umah pyan kejutkan dia, siap2 gerak umah Frizdan dan terus gerak ke Negeri Sembilan...behenti breakfast kt R&R seremban..sambil tunggu Ash ngan Adib..last2 diorang miss that R&R...terus ke bandar seremban dan berjumpa di masjid...kitorang naik kete ash ke jelebu...Semuanya ingat pertandingan kat area jelebu tu...rupa2nya kat Sg Pertang lagi 26km dari jelebu tu...Kitorang sampai sg Pertang dah almost pukul 12...terus start pertandingan...Kategori lelaki first 5 group then sambung lepas zohor kategori perempuan 8 group....Conclusionnya ada gak le group yg bebakat untuk di ketengahkan....abis judging kitorang terus gerak balik kl....sempat tido dalam kete pegi dan balik....

Sampai umah pyan rehat2 jap..then terus gerak ke studio...finalized lirik and recorderd guide vocal...

Tajuk : Sejadah Cinta
Lagu : Bard Stellar
Lirik : Sham ALL One , Mas & Zairy Varian

Lesir daunan di hembus bayu
Sayup kedengaran memecah hening
Tersentak ku dari tidur yang lena
Pantas Ku Syukuri nikmat hidup sementara

Ku gagahi langkahkan kaki
Sucikan diri bertemu ilahi
Sedang yang lain di ulit mimpi
Aku sendirian sujud harap keampunan

Titisan airmata membashi pipi
Mengenang dosaku yang menggunung tinggi
Gentarnya hati jiwaku merintih
Bimbang ruang taubatMu
Tertutup tanpa ku sedari

Ya Allah tuhanku maafkan daku
Hambamu menyerah padaMu
Dikaulah tuhan tempat ku mengadu
Tunjukkan daku jalanMu yang lurus
Ampunkan ku

Ku sesali dosa-dosaku
Hatiku menyeru
Memohon RedhaMu Ya Allah

while diorang record guide vocal i was sleeping sebab dah telalu penat x tido hampir 2 hari...
Bangun2 dah 3pg diorang dah siap record guide vocal..

Lepak2 sampai 5 pagi turun makan jap ngan diorang....smayang subuh...siapkan assignment...then pagi terus gerak balik damansara...siap2 then terus g open house ciki....pas tu open house nadia...balik umah semula dah x larat terus sambung tido... terlepas open house munsyid...sori le dah x bleh nak paksa diri nak berjaga...

To Shauqi sorry gak x dpt dtg open house on saturday sebab sehari suntuk kat Negeri sembilan...

Fuh...sangat memenatkan...ahamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa apa2 musibah...
bak kata Adib kita kena terima apa sahaja yang bakal tuhan sediakan untuk kita...(redha + tawakal + bersedia..)
Read More

Monday, October 13, 2008

Salam Syawal!

Salam syawal semua..

Sekarang ni mula rasa malas nak update blog..huhuhu
Salah satu reasonnya...x de line internet kat umah.....nak update kena g opis...jauh gak tuh...huhuh
aku duk damansara opis kat setapak...

Tapi insya Allah le akan update gak...nanti bersawang lak blog ni...

Last weekend planning nak balik kg... Tapi last minute x jadi sebab byk mende nak kena wat lak this week...seb baik my sis balik ngan my bro in law...so my weekend last week was full by going to open house of course...tension giler...kuar je dah start jem...sabtu was at cheras..ni umah my fren masa sekolah menengah dulu.....balik open house ke studio untuk buat lirik for upcoming new nasyid group..ekceli diorang ni dah lama....tgh kumpul material for their first album...i offer to write the lyrics, song composed by Bard Stellar. Lepak studio je..sebab penat sgt...lirik ntah ke mana..huhuhu...
Ahad lak open house my opis mate kat Taman Ehsan Kepong....mlm bertapa di studio cari ilham for the lyrics...baru siap 1 rangkap...the rest Mas try2 buat lirik tu...
Sebelum g studio kitorang sempat beraya rumah my manager / album producer....

And today i just siapkan apa2 yang patut for my group...faks surat show, cr show and etc.....

Meeting ngn Anthony my big boss at NSR x set up lagi....emm nak kena siapkan dulu proposal untuk launching our first album....

Doakan kitorang ekk !!!
Read More

Thursday, October 2, 2008

Selamat hari raya aidilfitri buat semua!

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir fan batin dari sham buat semua yang mengunjungi blog sham ni..TQ...

Maaf le x sempat nak update sepanjang ramadhan sebab jadual kerja x begitu mengizinkan...
Harapnya dapat kembali menulis selepas ini..

Tq pada yang dah dapatkan album all one-arah. Tq pada semua yang terus menyokong ALL One....Tq pada yg order CD dari sham..InsyaAllah pada yang nak order lagi tu sham leh tlg...

Kalau order dr sham dpt diskaun + poster + autograph ALL ONe...

Kalau nak order leh email sham @ sham.allone@yahoo.com


Read More