Wednesday, February 25, 2009

Konsert Maulidur Rasul 09

click image for a better view
InsyaAllah sessi bersama artis dan kelab jalinan ukhwah akan di sertai oleh Kumpulan as-saufee dan Kak Lyn..update artis akan di beritahu kemudian.
TQ

Read More

Friday, February 20, 2009

Tenang ketika Gawat!



Mesti redha dengan setiap ketentuan Ilahi..setiap kejadian ada hikmahnya...kadangkala satu musibah membawa kebaikan pada diri kita...at the same time jgn lupa berusha dan berdoa.....setiap mlm dgr radio ikim time nak tengah malam tu ada dibacakan...firman Allah, berdoalah nescaya akan ku perkenankan...

TENANG KETIKA GAWAT

Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA, seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada' dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).



Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha "kerana Ringgit Malaysia".

3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim);

4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)" (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana "Ringgit Malaysia";

5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Read More

Saturday, February 14, 2009

Pencalonan lagu Bilal

Salam semua...
Lagu Bilal bin Rabah dah berada di carta nasyid IKIM.fm..
Kepada semua teman2 leh la vote untuk lagu ini untuk terus kekal dalam carta...
Alhamdulillah dah 2 minggu berada dalam carta...
minggu pertama di tangga ke -13 dan minggu kedua memperbaiki kedudukan di tangga ke-8..Jgn lupa undi ALL One (Bilal Bin Rabah) RM0.50 je kwn2....
Untuk mengundi sila ikut arah di bawah
Type ikim vote carta Kod lagu hantar ke 33886
contoh: ikim vote carta 42
42 adalah kod lagu Bilal bin Rabah...
Selamat mengundi dan jazakallah pada yg dah mengundi...
Nantikan ALL One sebagai tetamu Daurah NMI dan pencalonan baru Daurah NMI- Bilal bin Rabah


Read More

Tuesday, February 3, 2009

Salam...

Pada semua yang sempat baca blog ni ari ni...jangan lupa saksikan All One Live @ MHI tv3 esok...dari jam 7-9...(x sure kul bape appear)..so tunggu je la depan TV tu ekk..Ni pun last minute dapat call dari pihak penerbitan TV3...

Tq...
Read More

New entry!


Salam semua x sempat nak update lagi..sebab dah makin bz ..huhuhu
start bulan Januari ari tu dah start ngajar KAFA kat KAFA Ar Rabbani..milik abg azadan..huhu..
penat layan budak2 ni..hehehe..tapi anyway enjoy to be part of KAFA Ar Rabani..

So basically my rutin is start from 2.30 ptg ngajar sampai 6.00 ptg and then malam masuk keje kat damansara uptown lak...Fedex...balik dah subuh2..siang tido jap..tambah lak nak organize program ni lagi le kelam kabut...x cukup tido di buatnya....
jgn lupa sokong konsert yg kitorang buat ni...
jgn lupa dtg...
Ilal' liqa Ma'a salamah
Read More