Thursday, August 28, 2008

Gua Muzik Destinasi Utama Muzik Anda




16 Ogos 2009
Dalam usaha untuk memenuhi keperluan peminat muzik, GUAMuzik semalam telah mengumumkan kerjasama dengan One Stop Music yang bakal memperlihatkan penambahan seleksi lagu di GUAMuzik kepada 400,000. Ketika ini, pengguna boleh memuat turun sebanyak 300,000 lagu yang merangkumi lagu-lagu tempatan dan Barat.


Kemasukan One Stop Music membawa bersama katalog muzik Melayu, Inggeris, Tamil/Hindi, Cina, Kadazan dan juga Iban, menjadikan GUAMuzik sebenar-benarnya destinasi utama bagi peminat muzik memuat turun lagu dengan sahnya pada harga yang murah tanpa mengkompromikan kualiti.
One Stop Music merupakan sebuah badan yang mewakili 46 label muzik tempatan termasuk Luncai Emas, KRU Music Group, Fat Boy Records, Monkey Bone, New Southern Records dan Rock Records. Selepas syarikat rakaman Sony BMG, EMI, Warner dan Universal, One Stop Music merupakan pemain kelima terbesar di dalam industri muzik tempatan.
“Selling point GUAMuzik adalah kualiti muzik dan keanekaan yang ditawarkan, khidmat tambah nilai seperti promosi bulanan dimana pemuat turun tertinggi dihadiahkan barangan istimewa dan konten eksklusif yang hanya boleh didapati di sini seperti album ‘live’ GUAMuzik Supergig ’08. Album ini memuatkan 14 persembahan khas yang dirakam ketika konsert tersebut. Gandingan Ella dan Faizal Tahir untuk lagu “Nuri” dan Nora bersama Nabil dalam lagu “Nakal” tidak mungkin diperolehi di mana-mana tempat,” kata pengurus besar konten, jenama, pemasaran Alt Media Sdn Bhd M Zulkifli Abdul Jalil di sidang media semalam yang juga dihadiri pengerusi One Stop Music, Ng Chong Hock.
Ditanya berapa ramaikah pengguna yang memuat turun lagu dari GUAMuzik, M Zulkifli memberitahu setiap minggu ratusan download dicatatkan.
“Walaupun semasa pelancaran GUAMuzik (pada bulan April) ada diumumkan harapan kami untuk mencatatkan 100,000 ribu muat turun dalam masa 12 bulan, secara jujurnya kita tidak pasti jika kami akan mencapai target itu. Tetapi kita sedang bekerja keras untuk mencapai sasaran itu. Sebab itu, konten amat penting. Repertoire GUAMuzik perlu di perluaskan lagi untuk merangkumi lagu-lagu Tamil dan Cina.”

M Zulkifli juga memberitahu para media harapannya adalah untuk mengembangkan stor lagu GUAMuzik kepada 7000,000 pada tahun depan.
“Oleh itu, fokus kita selepas ini adalah pada band-band indie yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Kita mengalu-alukan kehadiran mereka dan untuk mereka menggunakan GUAMuzik sebagai platform untuk mempromosikan lagu-lagu mereka.”
Majlis tersebut juga turut dihadiri artis-artis tempatan seperti Farawahida, kumpulan Duta, Suhana, Desiree dan John.

Sumber http://www.gua.com.my/Entertainment/News-Detail.aspx?ArticleID=2315

0 comments: